Tuesday, April 13, 2010

My Photo Effect

Ilmu bantu lahirkan keluarga bahagia

Seisi keluarga, anak perlu sentiasa jadikan al-Quran, Sunnah sebagai panduan hidup

PELAJAR 14 tahun ditangkap kerana melacur, pagi pergi sekolah dan sebelah malamnya menjadi pelacur antara kisah benar masyarakat kini. Apabila ditanya mengapa melacur, jawapannya mudah iaitu emak dia juga melacur.

Dalam telefon bimbit pelajar itu banyak dirakamkan aksi lucah yang didakwanya dikirim sendiri oleh emaknya. Budak dua beradik berusia 11 dan 12 tahun ditahan di Penjara Kajang kerana terbabit dengan jenayah. Ibu bapa kedua-dua budak itu enggan menjamin kerana sudah tiada kuasa melayan kerenah anak yang dianggap tidak dapat dikawal.
Mereka bersedia melihat anak dipenjara dengan harapan dapat dididik oleh pihak penjara. Seorang gadis berusia 16 tahun tidak tahu dia sudah mengandung dan meluahkan perasaan tidak tahu mengenai seks. Kes seterusnya seorang bapa yang juga seseorang disegani kerana amalan agamanya tidak tahu di mana untuk mengasingkan anaknya yang sudah mengandung.

Ini adalah antara kes didedahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (Kesuma), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawiah Hassan, ketika mengupas tajuk ‘Ilmu Menjana Keluarga Bahagia’ di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Ahad lalu.

Ceramah sulung yang dianjurkan Biro Muslimah masjid itu dihadiri 80 wanita yang mewakili surau yang ada di sekitar Bandar Baru Sentul.

Kes yang didedahkan itu antara krisis moral dihadapi masyarakat kini yang memerlukan kesedaran ibu bapa untuk membendungnya. Ibu bapa yang mempunyai hubungan rapat dengan anak kerana merekalah yang merasai sakit ketika melahirkan, tidak harus membiarkan anak mendapat pandangan orang lain jika berdepan dengan masalah, kata Zawiah ketika menegaskan tanggungjawab ibu bapa.
“Sebagai ibu, kita tidak boleh berasa lega jika anak terperap di dalam bilik kerana banyak unsur tidak baik yang dipelajari anak menerusi komputer dan telefon bimbit.

“Sebenarnya kemudahan internet berguna kalau ia digunakan dengan betul, tetapi jika disalahgunakan, anak kita yang akan merana. Di sinilah ibu bapa perlu dilengkapi dengan ilmu supaya dapat mengawal pergerakan anak,” katanya.

Seseorang ibu yang tidak berilmu, beramal salih, tidak mungkin dapat mendidik anak ke jalan yang benar. Bukan mudah untuk memujuk anak solat, jika ibu itu tiada kesabaran. Biasanya untuk memastikan anak itu solat, ibu terpaksa berkali-kali bertanya.

“Samalah juga azan yang berkumandang lima kali sehari belum tentu dapat mengajak ummah sembahyang,” katanya.

Seseorang ibu juga perlu bercakap menggunakan bahasa yang baik kerana setiap yang diperkatakan itu adalah doa untuk anak.

“Setiap yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, hendaklah bercakap benda baik. Kalau apa yang dikatakan itu tidak baik, lebih baiklah diam. Begitulah juga jika kita berdepan sesuatu masalah, jika diam lebih baik sebagai jalan penyelesaian kepada kekusutan, maka ia lebih baik daripada kita bercakaran sehingga membawa kemusnahan,” katanya.

Zawiah juga menyentuh gejala sosial yang berlaku berpunca daripada kepincangan rumah tangga.

Ada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga mengaku tidak selesa hidup bersama kerana masing-masing mengabaikan solat.

“Apakah selamat hidup kita apabila suami, emak mentua tidak menunaikan ibadat tiang agama itu,” soalnya.

Pengaruh sekeliling menyebabkan kanak-kanak cepat baligh. Kalau dulu remaja baligh pada usia 15 tahun, kini ada kanak-kanak sudah baligh pada usia 10 tahun.

“Purata umur bagi lelaki berkahwin sekarang ialah 28.8 tahun, manakala wanita 25.6 tahun. Bayangkan masa yang terlalu panjang dilalui selepas baligh pada usia 10 tahun? Akibat faktor ini banyak gejala tidak sihat berlaku kerana tidak dapat mengawal nafsu,” tambahnya.

Bagi membendung gejala sosial, ibu bertanggungjawab menjelaskan kepada anak gadis mengenai apa yang perlu dibuat dan dielak apabila sudah datang haid. Mereka tidak boleh lagi bermesra dengan adik beradik lelaki, mahupun bapa sendiri bagi mengelak sumbang mahram.

Malangnya, oleh kerana sibuk dengan kerja harian, ada ibu lupa tanggungjawab mendidik anak dan ia menjadi punca anak pergi kepada rakan atau ‘peer group’ yang bukan membantu, tetapi meletakkan mereka dalam kemelut yang tiada penamatnya.

Zawiah juga mengingatkan ibu tidak menjadi ‘orang gaji’ kepada anak. Seseorang anak dilarang mengeluarkan kata-kata kasar kepada ibu. “Apabila ibu menjaga cucu dan mungkin mengabaikan tanggungjawab, anak sudah tentu mengeluarkan kata-kata kasar kerana kecuaian itu.

“Sama ada menengking atau perkataan uh! sekalipun ia tetap mengecilkan hati ibu dan perbuatan ini adalah berdosa. Lainlah jika cucu itu dah besar dan boleh memimpin neneknya ke masjid,” katanya.

Dalam mengharungi usia tua, ibu sepatutnya lebih banyak menghabiskan masa beramal seperti firman tuhan bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan amal salih dan berpesan kepada kebenaran dan kesabaran” (Al’Asr).

Dalam melalui kehidupan ini ingatlah pesan Rasulullah, jaga lima perkara sebelum datang lima perkara iaitu: muda sebelum tua; senang sebelum datangnya sibuk; kaya sebelum miskin; sihat sebelum sakit dan hidup sebelum datangnya kematian.